Saturday, December 11, 2010

Pengumuman Penting

Dengan sukacitanya/dukacitanya dimaklumkan...

Aku dah combine kan posting-posting dalam ni ke dalam blog aku yang lagi satu cursingmalay.blogspot.com
jadi,semua posting-posting ni dipadam dan blog ini akan ditutup pasa 31 Disember 2010.Jadi,jika ada update pun,aku akan post dekat blog aku yang lagi satu.

Terima kasih kepada yang follow.
Update setahun sekali pun ramai yang follow,Alhamdulillah.Teruskan menceritakan masalah kepenggunaan anda kepada pengguna.genius@gmail.com

Thanks,
Mantot

Sunday, July 19, 2009

Hostelku Menyerupai Filem "Hostel"

Aslm.

Its rare for me to write compains to blogs really so here it goes. I live in an off-campus hostel 'provided' by LIMKOKWING Uni (which I still have to pay for it myself but thats a different story) called Desaria Villa Condominium managed by Pantas Mayang. The thing is, with international students around, the dobby and convenience store and the rest believe that it is a must for them to follow the international pricing as well. I'll just list the problems we especially locals have to face.

* Extra 50 cents for phone credit.
* One not so huge banana is 60 cents each! ( I don't buy but watching other do...) Seriously, pricing there is just hell.
* 1 hour in CC is RM3.00 and some pcs have no proper plugins
* No visitors after 10, almost acceptable since being students we usually have to burn midnight oil with our group projct but damn, we have to book room for parents (RM70+) just for a night stay?
* Nepalese Guards - hitting students, ignoring complaints, mengorat etc
* Bus Driver - Too fast(others seems to be fine with that though), some are just rude like not stopping or purposely make us run for them.
* Food quality (and price) sucks.

**The next closest shop is 30mins walk from the apartment and..we're just students so many choose to live with it and keep the annoyance to themself. I'm now waiting for NCCC to react to my compaint though I don't hope much.

Sincerely
I Yean

Cavenzi Lagi!


Bro,

Aku mmg panas berapi dengan Cavenzi dekat Tesco Extra, Plentong. Aku nak kawin 3 Julai 2009. Pastu dalam bulan 12 2008 aku ada pegi Tesco Extra kat Plentong, JB nie. Baru bukak dalam sebulan laa. Saja tgok ada aper2 yang best. Sampai2 sampai belek2 ada laa satu katil dekat Cavenzi aku ngn tunang aku berkenan nak beli, harga tak mahal dalam 1200 ajer. Tp yang aku nak tilam dier sebab tilam dier ajer dah 1200 gak. Kira set bilik tido campur tilam 2400 laa camtu. Bayar deposit dulu 50% pastu monthly aku bayar laa abiskan.

Dalam bulan April 2009 aku dah abis bayar. Masa tu aku inform diorang suruh hantar kat umah tunang aku dalam hujung bulan May 2009 sebab nak kasi mak andam n wedding planner tgok bilik pengantin camner nak hias.

Hujung bulan May dah sampai, katil aku tak sampai2. Aku call Cavenzi punyer showroom, kata stock ada kat warehouse, warehouse tgh process. Tunggu2 punyer tunggu kata 10 Jun nak hantar. Datang 10 Jun, mak mentua aku tunggu katil, takder orang datang. Sampai malam orang tua tu tunggu. Sian dier takleh berjalan. Aku call lagi Cavenzi punyer showroom, dier kata tatau aper Warehouse buat. Aku mintak no telepon warehouse, warehouse Cavenzi tu kata dier kata, dapat instruction hantar 17 Jun. Aku deal dengan warehouse, hantar 17 Jun. Dier hantar tapi problem katil sampai, almari sampai, bantal ada, tilam takder.. tapi orang warehouse Cavenzi ni considerate. Dier tau diorang takder stock tilam, dier bg aku tilam lain yang murah sikit sementara.

Lg 10 hari aku nak kawin, aku tunggu2 tilam aku, tak sampai-sampai. Aku call Cavenzi punyer kedai aku beli tu, aku tanya dier mana tilam aku. Dier boleh kata takder stock, kene tunggu sampai hujung Julai. Aku punyer hangin, aku mintak duit balik. Memula dier kata dier nak bagi, belakang dier suruh aku call balik dier kata dier nak bayar balik kat aku pakai check. Banyak cantik, aku bayar full cash dier nak bayar aku pakai check. 4 hari baru clear pulak tu. Aku nak kawin lagi 10 hari, bagi aku check nak clear 4 hari, sempat ke aku nak beli tilam lain lagi 6 hari? Dah laa tu, dier boleh kata ini prosedur diorang. Diorang punya prosedur diorang ikut, aku punya prosedur taknak lak ikut.

Bila aku tanya dier kalau aku amik duit, tilam dier dah hantar kat umah aku nak campak mana, dier boleh terkejut. Dier tak tau yang kat rumah aku ada tilam lain sebijik dier bagi untuk cover tilam aku yang tak sampai2.

Last2 dier cakap dengan aku dier nak hantar hari Jumaat nie. Kalau dier tak hantar aper aku nak buat? Kawan2 aku bg cadangan, malam pertama kau nanti atas lantai ajer laa...

Tu pasal aku nak cakap yang kedai perabot murah dan banyak cawangan macam Cavenzi nie tak boleh percaya dengan diorang punyer show room. Dekat showroom lawa kemain, dekat warehouse dah berkulat. Pastu warehouse dier dengan showroom macam tak tahu buat keje sama2. Aku suspek kalau kau pegi Cavenzi ker, Court Mammoth ker sumernyer warehouse sama ajer. Yang beza, Cavenzi ada lain sikit almari dier. Sebab tu kalau kau pegi Court Mammoth ke kau akan perasan ada perabot tu katil dier sama macam dkat Cavenzi, tp almari dier design lain sikit ajer..

Khairi Khamsah

Komen - Hehe,carik katil eh?Nak buat apa atas katil tu bang?

Yang aku perasan,memang kebanyakan kedai perabot kat Malaysia ni ambik dari supplier yang sama,kecuali beberapa tempat yang ada brand sendiri,mcm Ikea atau brand2 lain yang mahal2 belaka.Yang membezakan dia hanyalah harga dan pakej yang ditawarkan. Sebab kalau usha2,pakej yang ada harga sama aje semuanya.

Wednesday, May 6, 2009

Berapa Banyak Gula Dalam Makanan Kita?



Sugarstacks.com telah menyediakan gambarajah untuk kita membandingkan jumlah gula dalam makanan dan minuman yang kita makan sehari-hari.Mungkin kebanyakan pengguna kat Malaysia ni tak menggunakan gula kiub tu dan aku sendiri tak sure satu kiub tu berapa banyak gula dia (aku assume satu kiub tu satu camca besar)






Kalau kita tengok,jumlah gula yang digunakan khasnya dalam minuman adalah terlalu tinggi jumlahnya dan akan mengakibatkan kita mengalami kencing manis,gigi rosak dan hipertensi.





Jadi,kalau ada makanan dan minuman yang anda gemari ada kat sini,bolehlah mula kurangkan jumlah pengambilan.



Ada banyak lagi sampel makanan dan minuman yang ada,jadi aku hanya ambik yang mana relevan dengan pengguna kat Malaysia dekat sini.Jagalah kesihatan anda.

Sunday, February 15, 2009

Air Limau Lebih Mahal Daripada Minyak

Komplen daripada Mrs.NR:

Hi… dah berbulan nak menulis tapi agak kesuntukan masa, lagipun tak jumpa cari mana pegi scanner. Hehe. So here goes…

On Sunday, 3 January 2009 my husband and I spent our afternoon at Fitness First The Curve, Mutiara Damansara… lepas dah workout tu lapar pulak rasa… malas nak makan luar sebab dah plan nak masak nanti kat rumah…

so to cure my hunger pang we went to this bakery,to buy 1 sausage bun, 1 egg tart and 1 drink, and to my surprise, this is the amount that we have to pay…

Can you believe it? RM 4.50 for a bottle of drink, that costs only RM 2.00, kat kedai 7-Eleven kat sebelah tu. (lepas dpt receipt trus pegi check harga that bottled drink kat 7-E) The same exact drink!!! Do your own calculation. So, kami berjanji takkan beli apa-apa air kat kedai tu dah.


Komen - Harga memang cekik!Tapi tu memang taktik biasa mana2 kedai makanan aa,jual air botol yang dah mark up price gila-gila.

Apa yang aku buat,contohnya kalo aku makan kat kedai yang air dia mahal,aku gi beli air dulu kat kedai runcit.Sebab katakanlah aku order air soya,satu gelas Rm3.Aku beli kat kedai runcit,satu tin RM1,50.Takde beza.Yang beza tu cuma dia tolong tuang dan taruk ais.Tak pernah pun aku kena sound sebab buat camtu walaupun aku makan kat kedai.Mungkin sebab diorang takut tengok aku kot...

Jadi,Tips untuk hari ini -
Biasanya air2 botol dan tin yang dijual dekat bakery memang mengarut harganya.Jangan beli kat situ.Cuba carik alternatif lain.Beli makanan mcm roti,OK..beli minuman..jangan.Sebab minuman ni diorang pandang macam side income.Kalau ada orang beli,ok,takde pun takpe.Jadi,price tu agak tak berapa nak dijaga.

Selalunya bakery2 ni,diorang mark up harga tinggi sebab barang tu datang kat diorang sebagai end customer,maksudnya harga air diorang beli tu sama harga dengan apa yang kita pelanggan biasa beli.Diorang gi supermarket,beli ikut market price.Pastu jual.Sebab aku pernah nampak dekat satu bakery ni,diorang bawak plastik Carrefour,dalam tu penuh air.Susun dalam peti sejuk dan jual.Satu bakery kat Alamanda.Carrefour ada sebelah tu aje.

Harga?Melambung tinggi sebab nak cover kos bawak beberapa meter tu.

Tuesday, February 3, 2009

Mr.Tony Fernandez,Sila Baca Ini dan Sila Bagi Reason Yang Munasabah

Mantot, ini aduan aku.

Abg ipar aku pernah tertinggal flight Air Asia, bukan pasal die lambat check in, tapi sebab masa yg diambil utk beratur check in ticket mmg lama, macam nak beli tiket bas plak..

And then bila dah beratur lama2 tu, tutup lah masa checkin, tutupkaunter trus, tanpa ragu2 atau prihatin terhadap org yg masih beratur..

Dibiar terkapai2 walaupun bukan salah sendiri..

Pastu suh gi kaunter pertanyaan / aduan, kene beratur plak kat situ,mmg panjang la barisan nya.

Nak kejar flight yg masih blom terbang, die cutting la jap,sebab nk rush, alih2 org kaunter marah2 die sebab cutting, marah dgn sgt kereknyer, siut tol!

Last-last, kene beli tiket baru on thespot, mahal gila2.

For information, LCCT berjaya mengantoi kan org lambat/ tertinggal flight sebanyak 30 org sehari.

then dgn cara ini semua org kene beli tiket baru dgn harga yg mahal gile.

Air Asia lam sokkabar kan main lagi berkhidmat utk pelanggan, tapi sebenarnya hanya mencari keuntungan berganda.

hampeh!

Komplen daripada Dinsman.

Komen - Banyak betul komen/komplen pasal Air Asia ni.Kalau si Tony Fernandez terbaca,tolong komen sikit ye.Ramai sangat dah ni.

Tuesday, January 20, 2009

Rasa Sedap Membasuh Mulut?

Menurut kajian yang baru-baru ini dikeluarkan oleh Dental Journal of Australia,pencuci mulut dalam bentuk cecair seperti Listerine,Colgate dan sebagainya menyumbang ke arah risiko kanser mulut (oral cancer)

Dulu aku pakai lepas tu aku stop.Baru-baru ni ada aku beli Listerine hijau satu botol sampai sekarang aku tak bukak2 lagi.Takut lak aku baca ni.

Dah la aku hisap rokok,tambah pulak dengan mouthwash yang merbahaya ni menyebabkan aku jadi trauma.Cukuplah hisap rokok menyebabkan risiko kanser lain.

Aku sekadar cuba meminimakan risiko kanser aku.Hehe.

Link
ABC News Australia
3News New Zealand

Bila aku baca aku baru sedar,rupanya semua tu alkohol.Jadi,apa status halal haram dia?Logo halal mana ada.