Showing posts with label Aduan Umum. Show all posts
Showing posts with label Aduan Umum. Show all posts

Tuesday, January 20, 2009

Brader Bagak Mintak Duit Aku

Assalmualaikum

Kisah pergi pasar malam kena bayar parking ni dah lama berlaku di kawasan Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Selepas baca "Apa Ni Banner Kata Lain,Mintak Bayar Lain?" aku nak cerita apa yang berlaku kira-kira enam bulan lalu.

Maklumat lanjut :
Pasar malam : hari Rabu dan Sabtu
Tempat parking : Kawasan pasar tani Mega (yang baru)

Aku rasa semua orang yang parking kereta kat situ pada malam hari Rabu dan Sabtu, pasti mengalami peristiwa yang aku alami. Satu hari tu aku terperanjat dihampiri seorang lelaki yang bertubuh sasa (lebih besar daripada aku) meminta wang RM1 selepas parking kereta kat situ.

Aku heran. Aku tanya "Saper suruh kutip." Dia kata UMNO Pantai Dalam.

Aku minta resit. Dia kata kalau nak bagi resit, parking kena bayar lebih sebab kos print resit. Aku bayar je. Sampai sekarang ada lagi kat situ. Dia lepak bawah pokok yang kaw agak gelap. Bila kereta masuk dia pun datang dengan lampu picit. Kena bayar RM1.

Aku bukan berkira sgt. tapi pikir le kalau seminggu 2 kali pegi situ, sebulan dah RM8. Free bagi dia. Lebih baik beli makanan kat anak-anak lagi berkat. Brader ni kalau tak de kerja, jangan ler buat keje tu. Nak bagi anak bini makan camna?

Okay, harap pihak berkuasa tolong le selesaikan. Setiap kali pasar malam, rasa aku tak kurang 100 kereta keluar masuk ke situ.

Wednesday, December 31, 2008

Apa Ni Banner Kata Lain,Mintak Bayar Lain?

Citer ni jadi baru lg...last friday....aku ni keje kilang kt kaw.perindustrian senai....barulaa dalam 4bulan keje sini...dan nak dipendekkan citer, last friday aku dan 3 org lg membe kilang aku ni nak g lunch la kat airport tu as farewell party utk salah sorg dr kitorg yg abis kontrak keje...aku pon drive la kete dan sampai kat pintu masuk parking tu tergantung banner sebesar alam ( sure orang rabun pon boleh abca la banner tu) tulis parking RM1 per entry...aku pon siap la kuarkan duit singgit...pastu duk tekan2 button ijau nk amik tiket tak function plak button tu...

Dlm 5min tunggu ada la sorg mamat ni maybe pic kat parking tu la kot..dan berikut adalah perbualan kami...: (perbualan mungkin ditokok tambah sebab aku tak bawak voice recorder time tu and otak aku tak berapa nak ingat sebutir2 perbualan tu but maksudnyer sama)

mamat carpark : dik, mesin tu rosak. bayar pada saya je..

aku : laa yeke?patut la tak kuar tiket...lalu aku ponhulur RM1 kat mamat tu..

mamat carpark : eh bukan singgit laa tapi 3hengget...ni resit nyer...

aku : eh, tapi kan kt luar tu tulis singgit per entry nape plak tetibe jadik 3hinggit? **aku ngan muka bengang**

mamat carpark : o0o tu banner jer...tapi RM3 hengget sekarang ni..

aku pon malas nak ckp byk bg je la 3hengget tu kat dia sbb perut aku dah berkrioookk nak makan...

Sepanjang aku jalan dari tempat parking tu sampai la ke dalam airport tu, melambak banner pasal parking tu di gantung...aku bukan berkira sebb kene tambah lagi rm2 utk parking kat airport tu tapi aku rase tertipu sebagai pengguna.

Kalo betul dia letak RM3 as parking fee tak payah laa berusaha nak promote parking tu RM1 per entry...tak ke menipu tu nama nyer?aku rase saje je dia nak ambil kesempatan sebab time musim haji ni kan...sure ramai org datang sebb ade gak jemaah haji yang akan pulang ke tanahair melalui airport senai tu..

Hopefully , pihak pengurusan airport tu amik tindakan sewajarnya.tak salah kalo dia nak kenakan harga RM3 untk masuk parking tu or nak kenekan berapa sekalipun harga (tapi patut2 la letak harga tu), cume jangan la promote benda lain tapi bila nak masuk benda lain pulak....

Komen : Sama ada management airport tu bengap atau aku rasa ko kene pau. Kat Maybank Alor Setar,depan tu ada parking sederet.Bila orang bandaran takde kat situ,mesti ada 2 orang tukang kutip duit parking padahal situ dah memang sah parking free (ni dulu2 la.sekarang aku tak tau camne)

Aku pergi Sg Gabai,Hulu Langat,nak mandi air terjun.Sebelum sampai kat tempat parking ada seorang pakcik tahan,mintak seringgit.Kereta 2 ringgit.Mana ada kena bayar pun situ sepatutnya sebab situ kawasan rekreasi. Aku tanya Pakcik tu "Apasal kena bayar?" dia stare kat aku cakap "Seringgit."

Aku tanya balik "Bukan sepatutnya free ke pakcik?Pakcik ni tukang jaga air terjun ke?"
Pakcik tu stare aku balik dan cakap "SERINGGIT!"

RM30 = RM50.Kali sebulan dapatlah RM1500.Dekat tempat parking adalah 20 bijik motor,15 kereta.RM20 +Lepaslah bagi anak bini makan duit haram.

Saturday, December 13, 2008

Abang,Jangan Bukak Seluar Saya!

Nama Pengadu : Adik Mn Fadzly
Umur Ketika Peristiwa : 7 tahun. Kecomelan optimum.
Lokasi : Sunway Pyramid
Mangsa Aduan : Security Sunway Pyramid

Saya pun tidak tahu adakah ini turut melibatkan konsumerisme, tapi peristiwa ini amat mendatangkan kesan yang mendalam terhadap hidup kami sekeluarga (cheH!)

Macam ni ceritanya, beberapa tahun yang lepas ketika saya masih berumur setahun jagung ( 1 tahun jagung = 7 tahun manusia ), telah diceritakan berlakunya rombongan sekolah tadika ke Kuala Lumpur. Almaklumlah saya ini berasal dari luar bandar, maka seronoklah pergi berombong (berombong?) ke ibu kota. Antara destinasi kami adalah Desa Waterpark dan pada malam hari, kami ingin pula berkenalan dengan singa Firaun sambil membeli belah di Sunway Pyramid. Oke2 straight forward.

Memandangkan ketika itu saya masih budak kecil, tiada apalah yang mampu dibeli, hanya berjalan-jalan di dalam Sunway Piramid itu. Ketika memasuki pintu utama Sunway Pyramid, saya terperasan ada bunyi Tett Tett, bunyi penggera tu, kononnye kalau ada orang mencuri, bolehlah dikesan dengan mudah. Tetapi pada masa penggera itu berbunyi, semua orang sedang masuk ke dalam Sunway Piramid, maka sempatlah saya perasan muka Mak Guard itu macam pening-pening, takkanlah orang mencuri barang dari dalam, tapi masuk dari luar kan.

So dipendekkan cerita, ketika keluar dari Sunway Piramid, saya bersama rakan-rakan saya seramai 10 orang rasanya, ditahan oleh Pak Guard. Kerana sekali lagi penggera itu berbunyi Tett Tett. Entah sapalah yang mencuri ni, cinabeng betul. Untuk memudahkan pengecaman tanpa kawad cam, kami seorang-seorang melalui pintu itu. Seorang lalu, penggera senyap. Seorang lalu,penggera senyap. Saya yang paling akhir sekali. Dan secara kurang ajarnya, penggera itu berbunyi ketika saya lalu di situ.Sedetik selepas itu, kumpulan Pak Guard tu cemas bagai macam nak hari kiamat jer, bukan main dengan walkie talkie lah, seorang lagi berlari lah, nak cari supervisor dia kot. Saya pun tunggu dengan blank, apa yang saya curi, pegang barang pun tak. takpe takpe ini kesilapan teknikal je ni, biasa la.

Seminit selepas itu, supervisor nye pun hadir. Dengan penuh tegas, disuruhnya anak buahnya ketepi supaya saya boleh diperiksa secara peribadi olehnya. Saya diseluk saku, dibukakkan baju,diperiksa dompet yang ketika itu dipenuhi dengan sticker Dragon Ball,dibukaknya kasut. Tapi apa pun tak ada, Bodoh ! haa kan da emo. takpe2 itu kerja diorang. Selepas itu, si supervisor ni macam berfikir, macamana boleh berbunyi kalau tak ada apa-apa di badan saya kan? Oleh itu, beliau pun melakukan the second round, aktiviti yang telah dinyatakan sebelum ini diulangi tapi dengan finishing yang macam sial iatu nak tanggalkan seluar saya. Wah ! What The What The ! Tapi hajat beliau tidak kesampaian kerana mungkin beliau fikir beliau sudah keterlaluan.

Selepas itu dilepaskan saya. Selepas itu barulah saya sedar, sesungguhnya aktiviti kawad cam dan pemeriksaan pakaian itu tadi dijalankan betul-betul di tengah-tengah pintu utama Sunway Piramid dengan jangka masa dianggarkan 15minit. Dan sesungguhnya saya berasa di tengah-tengah stadium kerana semua customer, pakcik pakcik makcik makcik di situ semua standing idle melihat saya si budak jahat kene tangkap dengan abg guard. Huh ! Saya masih blank, berjalan tanpa fikiran ke bas sekolah. Di situ ada sepasang suami isteri mengatakan kepada cikgu saya bahawanya "Kesian budak ni, kne dengan pakguard tadi" Selepas itu saya tak ingat.

Berdasarkan cerita saya tadi, wajarkah saya sebagai pengguna pusat membeli belah dilayan sebegitu ?

Umpama di Teluk Guantanamo.Adakah lebih wajar jika pemeriksaan dilakukkan di tempat yang tertutup ?Adakah kerana ketika itu saya masih kanak-kanak, saya tidak diberi hak sedemikian ?

Mungkinkah akan timbul komplikasi kepada saya atau rakan-rakan mangsa yang lain, seperti trauma pergi ke pusat membeli belah ataupun benci akan pak guard ?Ada kemungkinankah saya akan menang jika saya saman malu terhadap Sunway Piramid ?

Menang dalam RM5 juta sudah mencukupi. Saya bahagia.

Thursday, November 27, 2008

Salesgirl Camel Active Perangai Macam Unta


Nama pengadu: Busy Bee
Mangsa aduan: Salesgirl (x tau nama)
Lokasi: Camel Active Butik, One Utama

Peristiwa ni dah lama sebenarnya, dalam dua tahun lepas. Adik aku ni ada membercard holder Camel Active. Since dia member, dia dapat la discount up until 30% bila birthday month dia. So sebab dia discount ni, kita org mmg slalu shopping dekat camel active dalam quantity yang lumayan gak la untuk butik tu. Setiap kali birthday dia, kita orang adik beradik memang akan amik kesempatan shopping kat sana banyak2 untuk abang2 ipar, boipren, ayah dan jugak adik aku sendiri la.

Pastu 2 thn yg lepas di bulan Julai, aku dgn adik aku ni pi la Camel Active OU ni. Memang dah bawak budget dan order list dr sibling2 aku untuk shopping kat sana. Since bukan mood berdating, kita orang kuar xde la melawa sgt tp xde la selekeh pun cuma aku xde la bermekap tebal2 atau bawak handbag besar2 mahal2.. Just pakai biasa2 je la.

Masa kat sana tu ada la salesgirl pompuan ni, cara nk layan x layan je. Maybe cause tengok aku ngan adik aku cam muda je agi, dia budget kita orang x mampu la kot. So sambil2 belek baju tu, mesti la kena bukak2 gak baju2 berlipat kat atas rak tu utk pilih since butik ni cam kecik sket, so x banyak mende derang hang untuk display.

Muka salesgirl ni memang toye giler dah. Pastu sebab akak2 aku dah bagi size baju utk laki derang, aku just tengok size yg cantik tu terus amik2 je.

Pompuan salesgirl ni ala2 cam nak marah plak sebab adik aku dok belek2 gak jeans kat situ. Pastu seme plak jenis berlipat, nak x nak kena aa bukak satu2 tengok pattern cantik ke x. Memang dah berdengus masa kita org belek2 tu.

Baju yang aku dah amik tu dia cam nk simpan balik. Aku cakap la aku nak. Muka dia cam x caya je. Aku macam nak je cakap, ko apahal. Kot semalam bergaduh ngan bf xyah aa bawak gi tempat keje. Tapi memandangkan mulut aku xde la jahat, aku sabarkan aje. Pastu plak memang masa tu xde salesman/girl lain. So xleh la aku nk berurus niaga ngan org lain.

Bila aku nak bayar tu, dia cam tanya, memang nk semua ni ke? Yala kan, bistu xde keje aku nk punggah2 semua kan, sah2 plak seme baju laki, mesti la nak beli. Kalo baju pompuan menarik gak la aku nk shopping.

Bila dia cakap harga tu, muka semacam, cam nk tengok aku ada duit ke x la kan. Pastu aku bayar je la kan, tp still muka salesgirl ni cam muka taik. Aku rasa pompuan ni memang ada masalah, either cam dengki kat aku … hehehe … atau mmg PMS terlebih.

Pas ari tu, aku sekeluarga memang anti aa butik tu, memang x pernah dah beli kat situ. X tau la pompuan tu ada lagi atau dah berhenti.

Komen - Hehehe...no komen.Aku selalu gak perasan,bila aku pakai kemeja,orang layan baik aje.Bila aku pakai tshirt,seluar jeans dengan selipar,huh...rasa macam diorang suruh keluar kedai je tak bagi beli.Ada sekali aku pakai kot jalan2 saje (hahaha) salesgirl cakap orang putih dengan aku.Dia ingat orang pakai kot ni reti cakap orang putih ke?

Kalau jadi camni,cara paling baik panggil manager dia.Cuma takut2 dia kena fired ke,kesian lak dia.Kang kita tengah marah tu jadi rasa bersalah pulak.Bawak bersabar lah.

Mungkin dia tengah gaduh dengan boifren sambil pms,pastu kena marah dengan mak sebab tak basuh pinggan.