Showing posts with label Tips dan Peringatan. Show all posts
Showing posts with label Tips dan Peringatan. Show all posts

Tuesday, January 20, 2009

Rasa Sedap Membasuh Mulut?

Menurut kajian yang baru-baru ini dikeluarkan oleh Dental Journal of Australia,pencuci mulut dalam bentuk cecair seperti Listerine,Colgate dan sebagainya menyumbang ke arah risiko kanser mulut (oral cancer)

Dulu aku pakai lepas tu aku stop.Baru-baru ni ada aku beli Listerine hijau satu botol sampai sekarang aku tak bukak2 lagi.Takut lak aku baca ni.

Dah la aku hisap rokok,tambah pulak dengan mouthwash yang merbahaya ni menyebabkan aku jadi trauma.Cukuplah hisap rokok menyebabkan risiko kanser lain.

Aku sekadar cuba meminimakan risiko kanser aku.Hehe.

Link
ABC News Australia
3News New Zealand

Bila aku baca aku baru sedar,rupanya semua tu alkohol.Jadi,apa status halal haram dia?Logo halal mana ada.

Wednesday, December 31, 2008

Sekadar Peringatan

AMARAN DARI POLIS DI-RAJA MALAYSIA

Berhati- hati kawan2ku tentang masaalah ekonomi yg semakin parah, manusia terdesak melakukan berbagai2 cara untuk merompak kita..Berhati2 semua terutama para wanita.

Bahaya?.!!!
Baru minggu lepas malam Jumaat saya parking kereta diparking awam. Semasa nak balik kerumah saya terperasan ada pelekat kat cermin belakang kereta saya. Bila saya tanggalkan pelekat tu kat rumah, rupa2nya cuma resit pam minyak . Tak lama lepas itu saya terima email ini.

AMARAN DARI PIHAK POLIS
BERHATI2 PADA KERTAS YANG MELEKAT PADA CERMIN BELAKANG KENDERAAN ANDA CARA TERBARU UNTUK MENCURI KERETA ( INI BUKAN GURAUAN )


Sedarlah semua! Tolong sebar2kan?.. Kita berjalan menghampiri tempat parking, membuka kerata dan masuk kedalamnya. Kita start engine kereta dan bersedia untuk berundur. Bila kita melihat cermin belakang untuk melihat kawasan belakang, kita dapati ada kertas yg melekat ditengah2 cermin belakang menghalang pandangan kita. Jadi kita parking balik kereta, buka pintu dan keluar untuk menanggalkan kertas (atau apa jua benda) yang menghalang penglihatan kita tadi. Bila anda sampai dibahagian belakang kereta, pada masa itulah pencuri itu akan keluar dari tempat sembunyinya, masuk kedalam kereta dan memecut pergi.Dia mungkin akan merempuh anda dengan laju semasa mereka melarikan kereta anda. Perasan tak kaum hawa? Saya pasti beg duit kita masih didalam kereta. Jadi sekarang pencuri memperolehi kereta kita, alamat rumah kita, duit kita, dan kunci2 kita. Rumah kita dan kesemua identity kita telah diperolehi!

BERHATI-HATI DENGAN CARA BARU YANG DIGUNAKAN

Jika kita melihat ada kertas melekat pada cermin belakang kita, teruskan memandu. Tanggalkan kertas itu kemudian. Dan bersyukur kerana anda membaca email ini. Saya harap anda akan hantar email ini kepada kawan2 dan keluarga, terutama wanita. Kesemua maklumat peribadi dan pengenalan diri yang berada di beg tangan anda sudah tentu tidak mahu jatuh ketangan orang lain.

Komen - Entah betul ke tak tapi at least kita beringat. sebab benda tu nasihat.Aku dapat dari forum.

Sebelum tu aku dah tengok satu video kat YouTube.Perompak ni (kat Amerika) dia ikat tin banyak2 pakai tali..pastu dia ikat kat besi nak tow kereta tu.Perempuan ni masuk kereta dan start.Jalan je dengar bunyi bising belakang,turun kereta tak mati enjin pintu terbukak pegi belakang kereta.

Laju je perompak tu masuk kereta dan jalan.


Saturday, December 13, 2008

Inikah Nilai Value Di Negara Kita?


Laksa semangkuk,air bandung cincau,2 otak-otak
RM14.90

Adakah kita sebodoh ini?

Tuesday, November 25, 2008

Tips Untuk Membeli Barangan Komputer


Untuk membeli barangan komputer,apa yang anda perlu buat adalah :

1) Pastikan apa yang anda mahu buat dengan komputer tersebut,cthnya kalau anda nak surf internet dan chatting aje,hardware dia tak perlu la power sangat.Kalau anda nak main game,tu dah kira lain cerita.Kalau nak portability,ambik la notebook ke laptop ke.

2) Survey hardware apa yang anda nak carik.Basic untuk membina satu barangan PC adalah :

a) Prosessor - Ini bergantung kepada bajet anda.Kalau ikut harga sekarang ni sama aje,cuma ada 2 brand je prosessor yang anda perlu tahu,AMD dan Intel.Speed mana lagi tinggi lagi mahal,lagi laju.Nak tau perbezaan dua brand ni anda boleh layari Tomshardware atau Anandtech.Kalau ada orang kata jangan pakai AMD sebab panas,ketuk kepala orang tu.Itu semua cerita lama.Mana-mana pilihan terpulang kepada anda,jangan dengar khabar angin.Kalau anda buat video editing,dicadangkang ambik Intel.Sebab rendering video Intel memang terbukti lagi laju.

b) Motherboard - Ni tengok kepada prosessor mana yang anda nak.Biasanya motherboard yang berharga RM300 ke RM400 dah cukup bagus.Motherboard murah biasanya untuk orang yang tak peduli sangat pasal hardware dan motherboard mahal pulak untuk orang2 kaya yang tak tau nak buat apa dengan duit.

c) RAM - Random Access Memory,ni adalah otak dimana komputer kita bekerja.Lagi besar amaun memory lagi bagus,lagi laju lagi bagus.Paling minimum untuk zaman sekarang ni,dapatkan AT LEAST 2 GIGABYTE.

d) Hard Disk - Tempat menyimpan data atau dalam bahasa Melayunya CAKERA KERAS.Dengan kebanyakan file yang ada sekarang makan ratus2 Megabyte kapasiti dia,disarankan ambik paling kecik pun 160GB kalau tak cukup bajet,koman2 250GB.

e) DVD Drive - Ni untuk main DVD,VCD dan CD game.Murah aje.

f) Grafik Kad - Hah,ni yang paling komplikated sekali.Senang camni la,lagi mahal lagi bagus BUAT MAIN GAME.Itu aje kegunaan terbesar grafik kad ni,jadi kalau anda bukan seorang yang nak main game (kalau main pun Solitaire ke..) takyah spend duit kat sini langsung.Kalau nak main game,spend la dalam RM300 kat sini (paling kurang) Kalau nak lebih lagi spend la RM1800.Choice biasanya ada 2,ATI atau NVIDIA.Mana satu anda pilih tak merugikan.

g ) Casing dengan power supply.Ni bergantung kepada taste anda.Power supply carik la minimum 450w supaya kalau anda ada tambah apa2 lagi hardware kat PC,dia still boleh run.

h) Mouse/Keyboard - Ambik la Logitech dengan Microsoft punya aje.Test dulu,pegang mouse tu.Ramai orang suka ambik mouse yang brand cap ayam mana tah tapi dia beli sebab ada lampu lip-lap.Jangan buat camtu!

Beli mouse yang anda rasa sesuai dengan tangan anda.
Dan jangan beli mouse yang anda tengok macam barangan tiruan/nampak murah.

i) Speaker atau headphone terpulang kepada anda.

3) Kalau anda rasa malas nak survey harga,pergi dekat Lowyat.net dan tengok belah kiri menu bar dia,ada pricelist.Compare price dekat situ.Kalau anda nak beli barang yang banyak,elok anda ke tempat2 yang direkemenkan,cthnya kalau KL ni Lowyat Plaza atau DigitalMall.

Tempat macam MidValley dan OneUtama tak digalakkan sebab kat situ diorang markup agak tinggi,tengok tempat la kan.Aku dah pusing MidValley dan ada sesetngah benda margin harga dia ada yang dekat RM70.Ini aku survey sendiri,mungkin kalau korang result dia lain pulak.

Orait nanti aku sambung dan detailkan lagi artikel ni.

Thursday, November 20, 2008

Melamine Punya Produk

Ini aku dapat dari website PPIM.Betul ke tidak entahlah,mungkin kita boleh elakkan sebentar.

Qra Qra Strawberry Candy


Ini satu peringatan untuk orang-orang yang tak tahu atau mungkin tak peka.Aku dapat dari satu blog pasal benda ni.Dia kata adik dia pegi 7-11 beli gula-gula,bawak balik bungkusan gula-gula ni satu.


Tengok-tengok dekat ingredient dia,masya Allah.


Nasib baik memang takde logo halal.

Yang menjadi isunya bukan pasal logo halal,cuma takde warning dan takde ape2 pun nak informkan dekat orang Islam,terutamanya target produk tersebut,budak-budak kecik.Jadi kalau anda Islam,jika nak beli makanan apa-apa,langkah-langkah yang perlu diambil :

1) Cek logo halal
2) Cek ingredient
3) Kalau ragu-ragu buang