Showing posts with label Tesco. Show all posts
Showing posts with label Tesco. Show all posts

Thursday, January 8, 2009

Sila Semak Harga Dekat Display


CERITA A

Baru sebentar tadi aku ke pasaraya membeli barang2 dapur bersama suami dan anak2.aku ke Billion,di PKNS,Bangi.


Teringin minum susu segar,aku capai fresh milk yg tertera harganya RM4.50 sebanyak dua kotak.sewaktu dibayar,selepas diimbas harga dgn scanner,harga jadi lain pulak.RM6 sekotak.

syok ke perdaya customer cmni?
p/s:sapa2 area Bangi/Kajang,boleh try tengok.

CERITA B

Aku kene kat Tesco Extra Selayang...

bidai tingkap tu aku tengok harga rm24 tulis kat situ.. aku amik la 2, scan seratus lebih... aku tanya apasal seratus lebih, tadi tulis rm24. aku tak nak beli la camni. harga tipu. last2 jam queue aku punya tempat bayar. sebab nak kene cancel item yg dah scan tu... hehehe

Janji aku tak kene tipu...


CERITA C

Aku juga ada pengalaman macam ko.

Kali ni berkaitan kempen membeli beli 'year end sale'.saya ke sebuah pasaraya the store.nk bli baju suar semua konon harga time ni turun2 blaka.time dtg tu tgk baju semua dipotong ada yang sampai 70%,50%,80% pun ada.

aku memang slalu jgk p situ time2 bukan year end sale maksudnya kalo dapt gaji lebih sket.alangkah terkejutnya,baju yang dulu hanya berharga RM20 dinaikan ke RM99 dan diskaunnya pula 80% jadi bape?lebih kurang RM19 lebih2 ja.maksudnya dikurangkan bape sen saje.ni lah penipuan yang secara terang2.

kepada forumer terutama wanita,berhati2lah menilai baju dan jgn asyik dok hesteria tgk diskaun sebab peniaga mana nak bagi keuntungan pada kita sbg pembeli.tak semua promosi dan diskaun itu betul.jadi hati2 la.bukan ajer the store tapi ada pasaraya yg aku tgk sama guna cara ni,mcm billion.


Komen - Memang ni mcm dah jadi amalan dekat negara kita,bila sale,diorang akan mark up harga.Apa yang sale nye camtu kan?Kepada sesiapa yang pernah terkena macam Cerita A dan Cerita B tu,jangan diam.Bagitau diorang elok2.

Thursday, November 27, 2008

Tesco Xtra Tidak Menghormati Tanda Harga Jualan

Pengadu - Encik Khairul
Pihak Bertanggungjawab - Management Tesco Xtra

Lokasi - Tesco Seberang Jaya ,Pulau Pinang


Salam Mantot

Aku nak cerita sikit pengalaman aku di Tesco Extra Seberang Jaya, Penang. Dalam bulan Oktober lepas aku saja la ronda-ronda kat Tesco Extra ni, pastu ternampak la harga Huggies Pull Up Pants (hang tak kawin lagi kan Mantot, tak payah la beli Huggies ni sebab hang pun takleh nak guna) yg sangat murah, RM10.90. Biasanya harganya dalam RM12 lebih untuk 12 keping ni. So aku pun ambik la 2 bungkus masukkan dalam troli, bila lalu dekat alat scan harga barang aku pun scan la Huggies ni, tapi harga yg keluar tak sama dengan harga yang di pamirkan iaitu RM11.99. So aku patah balik ke rak tu dan ambik gambar harga yg di pamirkan, aku attach sekali gambar tu. Bila sampai kat kaunter nak bayar, minah kaunter tu scan harga 11.99 & aku tanya apasal tak sama dengan harga dekat rak & aku cakap aku tak mau bayar dgn harga tu, aku nak bayar ikut harga dekat rak. Dia pun kalut la panggil satu mamat pi check harga kat rak & mamat tu datang balik dgn tag harga tu. Mamat tu cakap memang betul lah, last2 minah u kata dia tak boleh buat apa & panggil customer service dtg & cakap suruh aku bayar ikut harga scan & lepas tu pi claim belen kat counter customer service. Ok la, settle satu kes.

Seminggu lepas tu aku pi lagi sekali & kali ni harga susu Dutch Lady 4 5 6 cuma RM19.90. Murah weiii....selalunya RM23.50. Aku ambik 2 packet & pi scan sebab teringat kes minggu lepas tu. Yang keluar RM 22 lebih. Tak ingat exactly harga dia. Lupa nak ambik gambar resit tu. Bila pi bayar scan harga lain & aku bertengkar lagi, tapi kali ni supervisor kat counter tu buleh tukar pulak ke harga ikut harga di rak. So aku nak ingatkan kat sapa2 yang berbelanja di pasaraya besar supaya check balik harga barang yang ada offer terutama di Tesco Extra Seberang Jaya. Banyak yang tak betul.

Regards. Khairul.

Komen - Aku tak sure Tesco ada tak buat polisi ikut harga display,macam Jusco aku sure ada sebab ada notis dekat cashier tulis diorang akan hormati harga yang tertera dekat display.

Mungkin diorang buat silap ataupun lambat nak updatekan tag harga display.Aku dah lama tak pegi Tesco,dulu aku rajin gak pegi Customer's Day Survey diorang.Jumpa management diorang (customer ni dipilih,lebih kurang 25 orang,aku tah camne baik ngan manager Tesco Puchong dulu jadi pegi je la,dapat baucer dan hamper)

Aku rasa ni ikut tempat jugak kot.Macam Tesco Puchong aku tengok ok,masih teratur.Tesco Ampang...berterabur.

Aku rasa mana2 supermarket/hypermarket sepatutnya hormat dengan harga display tu,benda tu patutnya dijadikan polisi semua kedai yang menawarkan khidmat jual beli ni.