Tuesday, November 25, 2008

Membeli Belah Di Jusco

Apa yang berlaku ni aku nak ceritakan sebagai satu panduan untuk anda semua.

Minggu lepas aku bercadang nak beli langsir baru sebab langsir yg aku pakai sekarang dah agak pudar dan tak kena dengan color bilik aku.Jadi aku ke Jusco la (mane lagi) sebab pada aku Jusco punya selection untuk interior agak menarik dan murah.

Jadi survey la aku kat bahagian langsir.Aku tengok ada satu agak berkenan dihati tanya brader salesman situ,dia kata habis stok.Pastu dia suggest la kat aku kaler2 lain.Banyak jugak la dia tunjuk kat aku sampai aku pun dah rambang mata.Mungkin sebab dia pun laki jadi dia paham la apa yang aku nak.

Dia tunjuk kat aku satu langsir kaler coklat,"Haa,ni ok bang,sesuai untuk orang bujang!"

Aku ambik,tengok gambar,haa..cun ni.Pastu tengok harga,"Mak aih,mahal gila,99 ringgit ni!"

"Eh,bang,takde aa...ni sebenarnya ada sale ni,"jawab dia.

"Mana ada sale pun,takde letak kaler pun dekat harga dia?"Aku tanya dia,sebab masa tu memang takde sale pun dekat bahagian langsir ni.

"Camni bang,kalo saya tulis resit untuk abang,harga memang ada diskaun.Tapi kalau abang ambik langsir ni dan terus gi bayar kat kaunter,takde diskaun,"dia bagitau aku.

"Eh,camne pulak boleh camtu?"

"Kitorang ni vendor,jual ni tak bawah Jusco."(camtu la kot serba serbi yang aku paham)

"Jadi,kalau ada customer yang tak bukak resit dan terus gi bayar,dia rugi la?"

"Ak aah!"jawab dia mengangguk.

Dia koyakkan tag harga Jusco kat situ,tulis satu resit baru.
Aku gi bayar kat kaunter,42 ringgit lebih kurang.

Tips Pengguna Genius -
Lain kali kalau beli barang kat Jusco,try carik salesman dia yang ada kat situ.Kalau dia pakai baju bukan baju pekerja Jusco,try tanya dia ada diskaun ke tak.Aku tak sure la tempat lain sama ke tidak.

3 comments:

nsilver said...

Aku tak tau plak leh dapat diskaun kalau ckp ngan promoter kat situ.dulu pas SPM aku keja kt jusco, dan memang btol promoter2 dalam jusco tu bukan bawah jusco.tpi barang-barang yg dibeli bayar cam biasa ja kt cashier..cuma 1 jer aku ingt lagi, time tahun baru cina tu. aku keja bahagian kasut Bonia, so buat sale la.tapi diaorang sruh buang pelekat harga lama pastu lekat ngan harga baru yg mahal skit..so lepas diskaun, beza harga tak banyak berubah la..pandai tol diaorang kelentong pengguna

Mantot said...

masa tu diorang stock clearance tapi time sale tu dah abis masa aku pegi(kalau ikut Jusco)

jadi promoter tu bagi aku diskaun under vendor kot?kirenye benda tu patutnya sale lagi tapi Jusco tak buat officially